Syafil Syazwan Jefri

SEDIKIT sebanyak, apa yang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada mereka yang bekerja di pawagam, bahkan kepada perkembangan filem tanah air dan dunia.

Namun, platform seperti Netflix sedikit sebanyak membantu mengisi ruang sekali gus menjadi 'pembekal' filem kepada saya dan penulis reviu filem yang lain.

Antara filem yang saya baru sahaja sempat saya tonton di Netflix adalah, Thunder Force yang menggandingkan Melissa McCarthy dan Octavia Spencer sebagai teraju utama.

Apabila melihat saja nama kedua-dua bintang ini, saya terus teruja untuk menonton. Tambahan pula, ia adalah mengenai adiwira dan komedi.

Secara ringkasnya, Thunder Force berkisar mengenai dua sahabat baik, Lydia dan Emily yang terputus hubungan kerana salah faham dan kemudian bertemu semula apabila dewasa.

Dalam satu kemalangan yang berlaku akibat kecuaian Lydia, dia dan Emily terpaksa menjadi bahan eksperimen di makmal milik Emily bagi membetulkan keadaan.

Tanpa disangka, mereka mendapat kuasa luar biasa yang membolehkan mereka membantu menentang kejahatan.

Sepanjang durasi satu jam 45 minit, ada perasaan bercampur baur yang saya rasakan. Ada suka, dan ada juga beberapa perkara yang membuatkan saya rasa sedikit kurang senang dengan filem ini.

Apabila dijanjikan sebagai filem adiwira, saya mengimpikan untuk menonton filem aksi yang setidak-tidaknya, padat.

ANTARA adegan dalam filem Thunder Force.
ANTARA adegan dalam filem Thunder Force.

Namun, apa yang disajikan agak mengecewakan apabila perjalanan ceritanya agak membosankan. Aksi, komedi, rasa seperti ada yang tak kena.

Lakonan pelakon-pelakonnya memang tidak perlu dinafikan lagi kehebatan mereka. Namun, perkembangan jalan ceritanya membuatkan saya menguap beberapa kali.

Saya faham idea cerita yang ingin disampaikan, namun cara ia disampaikan itu sememangnya agak mengecewakan.

Saya rasa, bukan saya sahaja yang kecewa dengan apa yang saya tonton. Membuat carian di Internet, nampaknya ramai yang berkongsi pendapat sama dengan saya.

  • FILEM: Thunder Force

  • PENGARAH: Ben Falcone

  • PENULIS SKRIP: Ben Falcone

  • PELAKON: Melissa McCarthy, Octavia Spencer, Bobby Cannavale, Pom Klementieff, Kevin Dunn, Melissa Leo, Jason Bateman

    TERBITAN: On the Day Productions, Marc Platt Productions

  • ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

    (Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan) Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketiga (PKP 3.0), pawagam seluruh negara sekali lagi berdepan dengan situasi duka apabila operasi mereka dihentikan.

  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 6:30 AM