PENGGAMBARAN dijalankan di lorong kecil di Jepun.
PENGGAMBARAN dijalankan di lorong kecil di Jepun.
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI, Izzue Islam tidak hanya menggerakkan karier muzik apabila pernah menganggotai kumpulan Forteen, tetapi juga aktif sebagai penyanyi solo.

Terbaharu, Izzue hadir dengan single berjudul Biar yang mungkin mengubat kerinduan peminat selepas melancarkan single Kau tahun lalu.

Kali ini, muzik yang ditampilkan masih mengekalkan identiti Izzue yang ada elemen Pop Rock.

Namun, Biar lebih istimewa kerana ia adalah karya yang dihasilkan untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan dengan isteri, Awin Nurin pada 2 Jun lalu.

MUZIK video Biar diulang tonton lebih 77,000 sejak dilancarkan.
MUZIK video Biar diulang tonton lebih 77,000 sejak dilancarkan.

Serentak dengan tarikh itu juga dilancarkan muzik video Biar di YouTube.

Dari segi jalan cerita, ia mengisahkan mengenai luahan rasa Izzue kepada cinta hatinya dan bagaimana dia sanggup berdepan dengan apa juga ujian bagi menyempurnakan kehidupan pasangan.

Lagu ini juga umpama janji Izzue untuk terus memberikan segalanya selagi nyawa dikandung badan.

Dari sudut muzik video, penggambaran dijalankan di lorong kecil di Jepun dan apa yang menarik adalah proses suntingan.

Permainan warna dan lampu neon benar-benar kena dengan jiwa yang ingin disampaikan dalam muzik video dan karya ini.

Di YouTube, muzik video ini diulang tonton lebih 77,000 sejak dilancarkan dan jumlahnya semakin meningkat.

  • Lagu: Biar

  • Penyanyi: Izzue Islam

  • Komposer: IIAN dan Gjie 6ixth Sense

  • Lirik: IIAN dan Gjie 6ixth Sense

  • Terbitan dan edaran: IIAN Enterprise
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2020 @ 11:09 AM