ATTA (enam dari kanan) bersama dua keluarga isterinya, Aurel iaitu Anang Hermansyah dan Krisdayanti.
ATTA (enam dari kanan) bersama dua keluarga isterinya, Aurel iaitu Anang Hermansyah dan Krisdayanti.
Agensi

Jakarta: Selepas memuat naik gambar bersama keluarga Krisdayanti dan suaminya, Raul Lemos di Instagram, Ashanty berhasrat untuk mereka dapat bercuti bersama-sama pula.

Hasrat murni Ashanty itu turut dipersetujui oleh menantunya juga YouTuber terkenal Atta Halilintar, namun tarikhnya belum dapat ditentukan.

Bagaimanapun, yang pasti dalam masa terdekat ini Atta akan mengajak keluarga Anang Hermansyah dan keluarga Krisdayanti membuat umrah bersama sekali gus bercuti di luar negara.

"Baharu merancang dan bergantung juga pada kebenaran dari kerajaan. Jika sudah dibenarkan boleh buat (umrah), kami akan lakukan.  

"Memang ada perancangan buat umrah bersama, kemudian berjalan ke luar negara untuk cuti pula sama ada ke Turki, Portugal  atau ke Timor Leste, asalkan yang mudah saja untuk semua," katanya dalam saluran YouTube Star Story. 

Menurut Atta, selain keluarga kedua-dua pihak mentuanya, dia juga akan membawa keluarganya untuk ikut bercuti bersama.

"Ini juga adalah 'baby moon' kami sebelum Aurel bersalin. Kalau untuk ke luar negara tak dibenarkan, setidak-tidaknya kami boleh bercuti bersama di Indonesia saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 1:14 PM