AUREL dan Atta.
AUREL dan Atta.
Agensi

 

Jakarta: Penyanyi, Aurel Hermansyah menghabiskan wang Rp100 juta (RM28,746) untuk membeli sangkar kucing.

Perkongsian itu dibuat suaminya, Atta Halilintar menerusi saluran YouTube yang pada masa sama mengadu kepada keluarga mentuanya mengenai tindakan Aurel.

"Beli sangkar, Pi (panggilan kepada Anang Hermansyah). Berapa harganya? Rp 100 juta beli sangkar kucing," katanya kepada Anang dan Ashanty yang menziarahi kediaman mereka.

Ashanty pula terkejut dan menegur sikap Aurel yang boros dan tidak berfikir panjang.

"Kamu gila ke? Kamu itu semakin tak ada benda nak dibuat, semakin boros," kata Ashanty.

Aurel kemudiannya memberi alasan mengenai tindakannya itu adalah untuk mengelakkan haiwan peliharannya masuk ke dalam rumah.

"Buat rumah di sini, jadi dia tak masuk ke sini," katanya.

Aurel bagaimanapun tidak berkongsi foto sangkar kucing itu di mana-mana platform media sosialnya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 1:10 PM