MENDIANG Chadwick Boseman
MENDIANG Chadwick Boseman
Agensi

Los Angeles: Selepas ditunda akibat pandemik Covid-19, pihak Academy akhirnya mengumumkan senarai pencalonan bagi acara Academy Awards atau Oscars 2021, semalam.

Pengumuman pencalonan itu dibuat oleh pasangan suami isteri terkenal, Nick Jonas dan Priyanka Chopra.

Pencalonan menyaksikan penyertaan pelbagai filem antaranya Minari, Mank, Nomadland, Judah and the Black Messiah, dan The Trial of the Chicago 7.

Filem-filem yang masuk pencalonan pada tahun ini juga berasal dari karya original penstriman seperti Netflix dan Amazon Studios.

Academy Awards ke-93 akan berlangsung secara langsung dari pelbagai lokasi, termasuk di Dolby Theatre, pada 25 April depan. 

Mengikut perancangan awal, acara Academy Awards ini sepatutnya berlangsung pada 28 Februari lalu.

"Kami bertekad mempersembahkan Academy Awards yang tiada duanya, dengan tetap mementingkan kesihatan dan keselamatan awam. 

"Kami juga menyesuaikan penganjuran ini dengan syarat-syarat ditetapkan ketika pandemik," kata jurucakap Academy seperti dipetik  Variety.

Mendiang Chadwick Boseman turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Ma Rainey's Black Bottom dan bersaing dengan beberapa calon lain.

Manakala heroin cerita itu, Viola Davis dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik bersama empat calon lain.

Filem terbabit juga dicalonkan dalam tiga kategori lain iaitu Rekabentuk Produksi Terbaik, Solekan Dan Dandanan Rambut Terbaik dan Rekabentuk Kostum Terbaik

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 1:01 PM