Laudya Cynthia Bella menerusi Instagram mengucapkan rasa syukur atas kebesaran kuasa Allah kerana menjaganya serta dua sahabat yang juga selebriti, Shireen dan Zaskia Sungkar. FOTO IG Laudya Cynthia Bella
Laudya Cynthia Bella menerusi Instagram mengucapkan rasa syukur atas kebesaran kuasa Allah kerana menjaganya serta dua sahabat yang juga selebriti, Shireen dan Zaskia Sungkar. FOTO IG Laudya Cynthia Bella
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON Indonesia, Laudya Cynthia Bella menerusi Instagram mengucapkan rasa syukur atas kebesaran kuasa Allah kerana menjaganya serta dua sahabat yang juga selebriti, Shireen dan Zaskia Sungkar.

Ucapan itu disertakan bersama gambar dia bersama dua sahabatnya itu yang sentiasa ada dengannya ketika dia berdepan isu rumah tangganya sebelum ini.

"Bismillah, semoga Allah Subhaanahu Wa Ta'ala selalu jaga kita semua. Masyaallah Tabarakallah," tulisnya. Ucapan itu adalah bagi memberi kekuatan buat Shireen yang kini disahkan kembali mengalami masalah cyst.

Shireen juga beberapa hari lalu memuat naik foto sama di Instagram beberapa hari lalu.

"My lop (love). Semoga Allah menjaga persahabatan kami," tulisnya.

Seperti yang diketahui, Bella diduga dengan perceraian selepas perkahwinannya dengan bekas suami, Engku Emran putus di tengah jalan.

Ketika itu Shireen dan Zaskia sentiasa bersamanya memberi semangat supaya dapat mengharungi detik-detik penuh emosi itu dengan tenang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 1:31 PM