Keadaan kesihatan Bella beransur pulih
Keadaan kesihatan Bella beransur pulih
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Bella Astillah berkongsi keadaan terkininya selepas empat hari dirawat di hospital.

Menerusi hantarannya di Instagram, Bella mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

"Baru berkesempatan nak kongsikan, selepas empat hari di hospital. Terima kasih atas semua doa, Bella sangat hargainya," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Bella turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa doktor serta jururawat yang merawatnya.

"Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian semua, Insya-Allah," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Bella turut memuat naik beberapa foto bersama doktor dan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai Bella yang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Ampang selepas mengalami sakit kepala yang teruk sejak Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2022 @ 3:32 PM