Agensi

Jakarta: Walaupun kini berkawan rapat, Zaskia Sungkar mengakui pernah merasa kurang senang dengan Laudya Cynthia Bella atau Bella.

Zaskia berkata, ketika di sekolah menengah, dia yang berbeza umur tiga tahun dengan Bella sangat tidak menyukai Bella.

Perasaan ini hanya berpunca daripada ketawa Bella yang dianggap mengganggu perasaannya.

"Saya tidak suka dengan cara dia ketawa mengekek-ngekek yang menjengkelkan," katanya ketika tampil bersama Bella di saluran YouTube The Sungkars, baru-baru ini.

Zaskia bagaimanapun meminta agar peminat tidak mencontohi caranya kerana semua orang tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

Manakala, Bella pula mengakui bahawa pada zaman persekolahan dahulu dirinya memang menjengkelkan.

"Memang betul, saya sedar memang menjengkelkan dulu," katanya.

Zaskia berkata, perasaan itu akhirnya berubah selepas mengenal Bella lebih dekat.

"Apabila kena dia secara dekat, masyaallah tabarakallah. Ternyata orangnya sebaik ini," kata Zaskia sambil memeluk Bella.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Oktober 2021 @ 12:04 PM