KAPAL yang disewa Atta. FOTO IG ATTA HALILINTAR
KAPAL yang disewa Atta. FOTO IG ATTA HALILINTAR
Sudirman Mohd Tahir

 

SAMBUTAN ulang tahun ke-22 Aurel Hermansyah diraikan cukup istimewa oleh kekasihnya yang juga sensasi YouTube terkenal Indonesia, Atta Halilintar, semalam.

 

Atta memberikan kejutan dengan membawa Aurel yang juga anak sulung kepada pasangan Krisdayanti dan Anang Hermansyah itu menyewa kapal Phinisi atau kapal persiaran mewah.

 

Kapal itu dihiasi dengan dekorasi khas bagi meraikan hari jadi Aurel yang dibuat dalam suasana cukup romantik.

 

Atta yang dikenali sebagai seorang yang kerap memberi kejutan yang luar biasa berkata, dari kapal itu, mereka dapat menikmati matahari tenggelam bersama.

 

"Kejutan di rumahnya biar dia tahu hanya itu yang dibuat untuknya. Tapi, sebenarnya saya sudah merancang sesuatu yang luar biasa. Ini kejutan yang sangat hebat. Ia bermula dengan membawa Aurel menaiki kapal kecil sebelum menaiki kapal sebenar.

 

"Bermula malam ini (semalam) sehingga esok, kita menyediakan banyak kejutan. Dalam kejutan ada kejutan. Ini bakal menjadi sambutan ulang tahun paling hebat dalam hidupnya. Malah, pertama kali saya menyediakan ulang tahun sebegini," katanya.

 

Menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya, Atta sempat membuat 'tour' dan menerangkan apa yang terdapat dalam kapal mewah itu.

 

Kejutan yang dibuat Atta itu adalah kejutan hari jadi ketiga buat Aurel dalam tempoh kurang 24 jam.

 

Sebagai permulaan kejutan di kapal mewah itu, Aurel dikejutkan dengan percikan bunga api sekali gus menambahkan suasana romantis ketika makan malam mereka.

 

Lebih indah apabila Aurel dibawa berlayar mengelilingi pemandangan malam di sekitar Jakarta Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 2:33 PM