ENGGAN popular kerana terpalit gosip, Sissy sentiasa berhati-hati.
ENGGAN popular kerana terpalit gosip, Sissy sentiasa berhati-hati.
Norhayati Nordin

HAMPIR tujuh tahun membina kerjaya seni, nama penyanyi dan pelakon Sissy Imann sangat jarang terpalit kisah sensasi mahu pun gosip liar.

Ini kerana, bintang program Big Stage musim pertama itu sangat menjaga penampilan, batas pergaulan serta pembawakan dirinya †walau di mana sahaja berada.

Apatah lagi, kemunculan Sissy pada setiap majlis atau acara hiburan disertainya sering ditemani ibu bapa dan ahli keluarga.

Menurut Sissy, †walaupun sudah berusia 25 tahun, dia sangat selesa ke mana sahaja sambil ditemani ibu bapa bersama abang dan adik perempuannya.

"Sejak mula menceburi kerjaya seni pada 2013, mereka memang sentiasa bersama saya sebagai peneman. Di mana sahaja acara hiburan yang saya kena hadir, mereka pasti ada.

"Jadi, saya sangat selesa mereka selalu ada bersama kerana berasa †lebih selamat. Malah, saya juga sentiasa menjaga batas pergaulan diri supaya tidak keterlaluan," katanya.

Menurut Sissy lagi, oleh kerana keluarga selalu bersamanya pada setiap masa, dia jarang terpalit dengan gosip. Namanya hingga kini bersih daripada segala cerita sensasi dan gosip liar.

Katanya dia sangat berhati- hati pada setiap tutur kata kerana enggan tersilap cakap dan seterusnya menyebabkan orang lain terluka. Menurut Sissy, dia juga tidak mahu dikenali kerana gosip dan cerita sensasi.

SISSY sentiasa ditemani bapanya.
SISSY sentiasa ditemani bapanya.

"Walaupun sangat berhati-hati, perkara sebegini (gosip dan cerita sensasi) tetap tak boleh dielak. Kalau nak kena, pasti akan dikaitkan juga.

"Kalau bukan saya yang lakukan. Punca itu, mungkin datang daripada pihak lain dan saya yang kena tempias itu. Contoh jika ada kesilapan pihak menggunakan foto saya," katanya.

Baru-baru ini, menerusi hantaran di Instagram (IG) Sissy berkongsi kenyataaan berhubung sebuah

syarikat penerbitan (bukan kumpulan NSTP) yang tersilap menggunakan fotonya dalam dua keluaran.

Ujarnya, †kesilapan foto itu tidak sepatutnya berlaku kerana sudah pasti dia bukan individu terbabit yang terkait dengan isu berbaur perkauman dan warna kulit.

"Kalau tak kenal saya pun, boleh sahaja membuat carian nama di Google untuk kepastian supaya kesilapan foto tidak berlaku.

"Ditambah, isu warna kulit dan perkauman sangat sensitif. Jadi, tak semena-mena atas kesilapan foto digunakan, nama dan imej saya tercalar ," katanya.

Justeru, Sissy yang mengaku kecewa dengan apa yang berlaku memohon pihak penerbitan berkenaan membuat siaran permohanan maaf kepadanya.

Menerusi artikel diterbitkan mengguna foto Sissy itu, ia sebenarnya mengenai penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie berhubung isu TikTok 'black face' (solekan wajah hitam) yang dikongsikan penyanyi lagu Jangan Jangan berkenaan di media sosial hingga menimbulkan salah faham banyak pihak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 6:30 AM