Kim Soo-hyun di hadapan lori makanan yang dihadiahkan Hong Ki.
Kim Soo-hyun di hadapan lori makanan yang dihadiahkan Hong Ki.
Agensi

PELAKON Kim Soo-hyun disebut-sebut bakal bersaing rapat dengan Hyun Bin dan Lee Min-ho sebagai pelakon yang mendapat bayaran tertinggi untuk K- drama tahun ini.

Ia berikutan tayangan drama lakonan Soo-hyun berjudul It's Okay to Not Be Okay mendapat sambutan hangat penonton dan kemungkinan akan menandingi drama Crash Landing on You dibintangi Hyun Bin dan The King : Eternal Monarch (Lee Min-ho).

Walaupun namanya kini melonjak popular, Soo-hyun tetap merendah diri. Malah, menerusi perkongsian foto di Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada pelakon Lee Hong Ki.

Bergambar di hadapan lori makanan yang dihadiahkan Hong Ki padanya, di 'banner' tertulis 'Askar Lee Hong Ki sentiasa menyokong Soo-hyun.

Perkongsian foto Soo-hyun itu menjadi tarikan pengikutnya yang begitu memuji keperibadian pelakon itu yang dianggap terbaik.

Kebanyakan komen ditulis warganet sangat menyokong tindakan Soo-hyun yang mengambil pendekatan berterima kasih dengan pemberian sahabatnya itu.

Jika Soo-hyun sibuk dengan lakonan, Hong Ki pula kini menjalani latihan ketenteraan sejak September tahun lalu dan sekarang terikat sepenuhnya dengan tanggungjawab tugas yang dipikul.

Hubungan persahabatan Soo- hyun dan Hong Ki dikatakan sangat rapat kerana mereka sentiasa saling menyokong di antara satu sama lain dalam kerjaya seni diceburi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 7:09 PM