BADANNYA disifatkan terlalu kurus, imej sebelum ini  lebih disenangi.
BADANNYA disifatkan terlalu kurus, imej sebelum ini lebih disenangi.
Rudy Imran Shamsudin


IMEJ terbaharu penyanyi terkenal Indonesia yang kini cuba menempa nama di Hollywood, Agnes Monica mendapat perhatian ramai sehinggakan ada antara mereka meluahkan kebimbangan disebabkan tubuhnya terlalu kurus.

Agnes yang popular dengan lagu Matahariku dan Teruskanlah, baru-baru ini memuat naik gambarnya dalam keadaan seksi sehingga menampakkan sebahagian dada dan tulang selangka di media sosial.

Ia mendapat maklum balas peminat dan ada yang memintanya supaya tidak berterusan menguruskan badan yang sudah sedia kurus.

Sebaik dia memuat naik gambar di Instagram, kebanyakan peminat terkejut dan berkata mereka lebih suka melihat imej atau bentuk tubuh Agnes yang dulu.

“Agnes kenapa terlalu kurus? Saya suka melihat Agnes yang dulu. Jangan kurus lagi,” komen seorang peminatnya.

“Maaf Agnes, saran saya sebaiknya berat badan dinaikkan sedikit agar tubuh tidak kelihatan terlalu kurus,” komen seorang lagi peminat.

Sebelum ini, sebaik Agnes memulakan karier di Amerika Syarikat, gambar yang dimuat naik penyanyi itu juga menerima kecaman netizen.

Mereka mendakwa penyanyi yang terkenal dengan aksi energetik di pentas itu sudah melakukan pembedahan payudara.

Agnes sengaja berpakaian seksi dan menunjukkan tubuhnya yang kurus kerana mahu menonjolkan sebahagian payudaranya.

Bagaimanapun, difahamkan Agnes kehilangan berat badan kerana terlalu sibuk dengan jadual kerjanya di luar negara. Tambahan pula single antarabangsa duetnya bersama Chris Brown, Overdose dilihat berjaya.

LAGU Overdose berjaya tersenarai dalam 100 lagu popular carta Billboard.
LAGU Overdose berjaya tersenarai dalam 100 lagu popular carta Billboard.

Lagu Overdose berjaya tersenarai dalam 100 lagu popular carta Billboard dan namanya turut tercalon dalam iHeartRadio Music Awards 2019 yang berlangsung pertengahan tahun lalu.

Selepas kejayaan projek duet dengan Chris Brown, Agnes kini turut sibuk menghasilkan single terbaharu dan kali ini dia bekerjasama dengan rapper terkenal, Juicy J. Perkara itu dihebahkan sendiri Juicy J dalam laman sosialnya.

Agnes menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman 300 Entertainment di Amerika Syarikat yang turut menaungi artis antarabangsa lain seperti Brooklyn Queen, Fetty Wap, Meg, Mac, T Wayne dan Young Thug.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 4:30 AM