MIRA Filzah tidak menyangka jawapan yang diberikan mengenai 'baby sayang' menjadi tular. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
MIRA Filzah tidak menyangka jawapan yang diberikan mengenai 'baby sayang' menjadi tular. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Najiy Jefri


PELAKON Mira Filzah tidak menyangka perkataan 'baby sayang' ketika menjawab soalan peminat di live chat Instagram awal bulan ini menjadi tular di media sosial.

Mira berkata, dia terkejut apabila perkataan dan sedutan rakaman itu diguna secara meluas hingga menjadi trending.

"Tular ini sebenarnya mempunyai kebaikan dan juga keburukan. Jujur saya tak terfikir tindakan ini menjadi tular.

"Sebenarnya sesi live chat ini saja dibuat bagi mengisi masa lapang bersama peminat. Malah jawapan diberikan juga dijawab secara spontan.

"Ketika itu saya menerima pelbagai soalan perbandingan sehinggalah soalan baby atau sayang. Saya tak sangka jawapan yang diberikan itu menjadi tular apabila ada hamba Allah yang menyunting sesi live chat itu dan memuat naik semula di media sosial sampai jadi trending," katanya.

Mira berkata demikian ketika ditemui pada majlis iftar dan pelantikan sebagai wajah rasmi kempen Ramadan-Raya Lancome di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, perkataan baby sayang itu juga turut digunakan dalam kalangan selebriti termasuk dalam beberapa babak drama.

"Tak sangka, selepas video ini tular ada selebriti yang membuat lagu serta digunakan dalam beberapa drama.

"Saya harap umum melihat ia satu perkara yang baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 5:51 PM