Mira Filzah
Mira Filzah
Oleh Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon popular Mira Filzah sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19, Sabtu lalu.

Mira berkata, proses pemberian vaksin berjalan dengan pantas tanpa memakan masa yang lama.

"Alhamdulillah, Sabtu lalu saya selesai ambil dos pertama vaksin AstraZeneca. Baru hari ini rajin nak kongsi sebab baru baik demam.

"Proses keseluruhan sangat efisien, saya tiba dalam jam 11.35 pagi, habis dekat jam 1 petang. Namun tak terasa lama sebab kita sentiasa bergerak dari satu kaunter ke kaunter lain," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian video terbabit, Mira memaparkan proses yang dilalui sehingga selesai mendapat suntikan vaksin.

Menurut Mira, dia ingin berpesan kepada kaum Hawa supaya mengenakan pakaian yang sesuai serta mudah ketika dipanggil pada hari vaksinasi.

"Saya pakai baju lengan besar, senang nak singsing lengan. Saya pakai juga sarung lengan supaya bahagian nak disuntik saja yang terdedah dan lengan tak terdedah," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Jun 2021 @ 7:16 PM