MIRA enggan berahsia andai diketemukan dengan jejaka idaman.
MIRA enggan berahsia andai diketemukan dengan jejaka idaman.
Najiy Jefri


Figura jelita dan popular ini meletakkan dirinya sebagai wanita biasa. Tutur katanya tetap sama meskipun menjadi pujaan ramai malah sentiasa merendah diri dan sopan.

Dia ibarat bunga yang mekar mewangi dan kekal berseri sepanjang dua tahun mencanai bakat di persada seni.

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman pantas mendaki puncak populariti menerusi drama Cinta Si Wedding Planner.

Meskipun sering diasak soalan mengenai cinta dan siapa jejaka yang berjaya menawan hatinya, Mira tenang sewaktu ditanya perkara sama ketika menjayakan sesi fotografi bersama RAP, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2017 @ 5:05 AM