AMIR selesa memilih lagu cinta sesuai dengan sikap romantik yang ada pada dirinya. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
AMIR selesa memilih lagu cinta sesuai dengan sikap romantik yang ada pada dirinya. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI, Amir Hassan, 23, mengakui 11 kali ditinggalkan kekasih selepas 13 kali bercinta.

Amir menjadikan pengalamannya itu sebagai pencetus idea untuk menghasilkan lagu, sekali gus menggambarkan kematangannya dalam bercinta seiring peningkatan usia.

"Saya ada 13 bekas kekasih. 11 daripada mereka meninggalkan saya. Mungkin kerana tahap kematangan saya pada ketika itu tidak seperti yang mereka harapkan," katanya kepada Harian Metro.

Menurut penyanyi lagu Gadis Yang Ku Tunggu atau #GYKT itu, dia kini selesa memilih lagu cinta sesuai dengan sikap romantik yang ada pada dirinya.

"Selepas berdepan pengalaman ditinggalkan, saya jadi semakin matang, lebih romantik dan penyayang.

"Jadi, saya curahkan dalam bentuk lagu dan dengan itu, maka terhasillah #GYKT," katanya.

Amir yang ditemui di majlis tayangan video muzik lagu barunya itu yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, semalam turut menitiskan air mata saat membuat persembahan.

"Saya terharu dengan sokongan dan sambutan daripada peminat. Kerana itulah saya tak dapat menahan air mata daripada mengalir saat membuat persembahan," katanya.

Selain Amir, majlis itu juga menyaksikan tayangan video muzik lagu Jawab nyanyian penyanyi baru, Kucaimars.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 3:58 PM