Agensi

Bangkok: Seorang lelaki, dipercayai pelancong Russia membuat kecoh dalam keadaan bogel di kawasan tumpuan Pattaya apabila mengamuk memecahkan kedai dan cuba menyerang orang ramai sambil membawa pisau pada awal pagi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi (waktu tempatan) itu, lelaki berkenaan dipercayai berusia antara 25 hingga 30 tahun, turut membawa pemutar skru, berjalan sambil menjerit kepada orang ramai di Pasar Mae Wilai.

Rakaman video menunjukkan lelaki itu melibas-libas pisau sepanjang enam inci berjalan di sepanjang lorong dipenuhi bar dan kedai dengan sesekali menerpa ke arah peniaga.

Menurut The Sun, polis mengekori lelaki itu selama 20 minit mencari peluang untuk menahannya dan akhirnya mereka dengan bantuan orang ramai berjaya menjatuhkan lelaki berkenaan sebelum menggari dan menahannya.

Selepas 20 minit mengekori, polis berjaya menahan lelaki bogel yang mengamuk.
Selepas 20 minit mengekori, polis berjaya menahan lelaki bogel yang mengamuk.

Wartawan tempatan yang merakam video kejadian itu, Thira Phengrat, berkata: “Lelaki itu mabuk dan dia marahkan sesuatu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kenapa lelaki berkenaan berbogel.

Menurut jurucakap polis, mereka perlu membiarkan lelaki itu pulih dan tenang sebelum boleh menyoalnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 10:08 PM
Lelaki bogel dipercayai pelancong Russia mengamuk sambil membawa pisau di jalanan Pattaya.
Lelaki bogel dipercayai pelancong Russia mengamuk sambil membawa pisau di jalanan Pattaya.