Isa bersama Evelin. FOTO IG Isa Khan
Isa bersama Evelin. FOTO IG Isa Khan
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI dan pelakon, Isa Khan, kini menjalinkan hubungan dengan DJ dari Indonesia bernama Evelin Nada Anjani yang dikenali sejak sebulan lalu.

Menurut Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad, 25, dia selesa apabila bersama dengan wanita itu dan tertarik dengan kejujurannya.

“Kalau ditanya skala hubungan antara saya dengan Evelin, dah di tahap sembilan per 10. Pada awalnya, saya tak tahu menahu mengenai kehidupannya sebelum ini.

“Namun, selepas memuat naik gambar bersama, ada beberapa individu yang menghantar gambar lamanya kepada saya menerusi Direct Message di Instagram,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon drama Bimbi dan Bonni yang juga bekas peserta program AF2016 itu kemudiannya bertanya terus kepada wanita yang bergelar janda itu.

“Saya bertanya kepadanya mengenai masa lalunya dan dia berterus terang kepada saya. Kejujurannya itulah membuatkan saya tertarik dan saya sangat hargai sikapnya,” katanya.

Isa dan Evelin bertemu di majlis perkahwinan abangnya, Aliff Khan yang berlangsung di Bali dan sejak itu mula rapat.

Evelin pernah berkahwin dengan pelawak dari Indonesia, Aming dan mendapat liputan media negara itu apabila berubah daripada seorang tomboi kepada wanita cantik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 5:35 PM