RISTEENA enggan mengulas lanjut dia Isa bakal berkahwin pada 6 Disember ini.
RISTEENA enggan mengulas lanjut dia Isa bakal berkahwin pada 6 Disember ini.
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON Nur Risteena Munim menafikan orang ketiga menjadi punca perpisahannya dengan bekas kekasih yang juga pelakon, Ikhwan Khairudin.

Risteena berkata, lelaki misteri yang didakwa bakal berkahwin dengannya iaitu pelakon Isa Khan hadir selepas dia dan Ikhwan berpisah Ogos lalu.

"Punca putus biarlah kami saja yang tahu. Saya tak mahu komen lebih lanjut mengenainya. Apa yang berlaku langsung tidak membabitkan orang ketiga. Orang itu muncul pun hanya selepas saya dan Ikhwan dah lama putus," katanya kepada Harian Metro.

Pelakon drama bersiri Playboy Itu Suami Aku itu juga berkata, dia dan bekas kekasihnya sebelum ini tidak mahu berkongsi terlalu banyak kisah putus cinta mereka kerana menghormati kehendak keluarga.

"Saya dan Ikhwan masih menjaga dan menghormati keluarga masing-masing dan kerana itu, kami tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sebelum ini," katanya.

Ditanya mengenai desas-desus mengatakan dia dan Isa bakal berkahwin pada 6 Disember ini, Risteena enggan mengulas lanjut.

RISTEENA (kiri) memuat naik gambar bersama pelakon Isa Khan.
RISTEENA (kiri) memuat naik gambar bersama pelakon Isa Khan.

"Segala persoalan akan terjawab pada hari itu. Saya tak boleh komen lanjut. Nanti tak ada kejutan," katanya.

Risteena sebelum ini bercinta dengan Ikhwan selama tujuh tahun dan sudah mengikuti kursus perkahwinan. Malah, Ikhwan juga pernah menyatakan mereka bakal berkahwin pada bulan ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran Risteena.

Berita berkaitan

Ikhwan Risteena Munim putus di tengah jalan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 4:54 PM