RISTEENA terima hadiah kereta Audi daripada kekasihnya, Isa Khan. FOTO Ihsan IG Risteena
RISTEENA terima hadiah kereta Audi daripada kekasihnya, Isa Khan. FOTO Ihsan IG Risteena
Syafil Syazwan Jefri

UNTUNGNYA menjadi Risteena...

Itu gambaran yang boleh diberikan kepada pelakon, Risteena Munim apabila menerima hadiah kereta mewah jenis Audi daripada kekasihnya, Isa Khan bersempena ulang tahun pertama percintaan mereka.

Risteena berkata, dia berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh kekasihnya yang juga bintang AF2016 itu dalam mencapai matlamatnya membeli kereta mewah.

"Pada mula saya mengenali awak, saya tahu awak seseorang yang istimewa, dan awak dah buktikan pada saya sekarang, hanya dalam masa yang terlalu singkat, tapi awak berjaya lakukan.

"Ini kejayaan awak, sayang. sentiasa bangga dengan awak. Perasaan cinta saya pada awak masih sama macam dulu dan masih kekal sehingga sekarang malah semakin bertambah hari demi hari. Sumpah!" tulisnya.

Pelakon filem Girlfriend Kontrak itu juga berjanji untuk sentiasa ada dengan Isa dalam apa juga keadaan.

"Janji saya pada awak, saya akan sentiasa ada dengan awak tak kira apa keadaan sekali pun. Saya gembira bila tengok satu-satu kejayaan yang awak capai sekarang.

"Saya akan terus ada sehingga awk capai semua impian awak, sayang. Saya janji," tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Risteena yang juga kakak kepada pelakon, Ruhainies menulis bahawa di belakang kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang menyokongnya.

"Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita bersamanya.

"Saya mahu menjadi wanita itu selamanya. Saya sangat sayangkan awak, Isa Khan. Terima kasih atas segalanya," tulisnya.

Video berdurasi limit minit dan lima saat itu diulang tonton lebih 47,000 kali sejak dimuat naik semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2020 @ 5:51 PM