Lelio (kiri) dan Daniela membentuk gandingan mantap. FOTO EPA-EFE
Lelio (kiri) dan Daniela membentuk gandingan mantap. FOTO EPA-EFE
AFP

FILEM ‘A Fantastic Woman’ memenangi anugerah Oscar Filem Berbahasa Asing Terbaik pada majlis Academy Awards di Dolby Theatre, Los Angeles, hari ini.

Filem berkisar drama romantik itu dibintangi pelakon transgender, Daniela Vega.

Vega, seorang pelakon filem dan pentas serta penyanyi opera, memegang watak sebagai Marina iaitu wanita transgender yang jatuh cinta dengan Olando yang lebih tua darinya.

Kekasihnya itu meninggal dunia pada malam sambutan hari kelahirannya.

Filem berkenaan menceritakan perjuangan Marina meratapi kematian itu termasuk rintangan dengan bekas isteri dan anak kekasihnya.

Mereka menggelarkan Marina ‘chimera’ iaitu raksasa mitos Greek.

“Saya berpendapat tiada siapa di dunia tidak mengalami sebarang peralihan dalam kehidupan mereka,” kata Daniela dipetik sebagai berkata ketika menghadiri festival filem Berlin.

Filem A Fantastic Woman diarahkan Sebastian Lelio dari Chile.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Mac 2018 @ 1:56 PM