Beberapa laporan digital HM sebelum ini. FOTO fail HM
Beberapa laporan digital HM sebelum ini. FOTO fail HM
Rudy Imran Shamsudin


SUAMI pelakon popular Izreen Azminda, Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, juga seorang pemuzik berharap pihak luar tidak mengaitkan pelakon popular itu dalam proses perceraiannya dengan isteri pertama.

Sebaliknya Ude, yang dihubungi di sini, hari ini menegaskan apa yang berlaku antara dirinya dan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh tidak ada kaitan dengan Izreen.

"Seperti yang saya nyatakan bahawa keputusan untuk bercerai adalah jalan terbaik.

"Apa yang berlaku biarlah saya dan Intan Liana yang selesaikan. Izreen tidak pernah mencampuri urusan saya dan Liana," katanya.

Kata Ude lagi, sebagai suami dan bapa dia bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

Ude juga mengharapkan orang keliling tidak memberikan tekanan dan membuat spekulasi.

"Seperti sebelum ini orang menuduh saya melulu dengan berkata saya seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, sedangkan kebajikan Intan Liana dan dua anak tidak akan saya abaikan," katanya.

Selepas lima tahun berkahwin, Ude, pemuzik bebas, masih belum melafazkan cerai terhadap Intan Liana Saleh memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, petang tadi.

Ude dan Intan Liana bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

Berita berkaitan:

Tiada lagi hati pada Intan - Ude

Ude fail permohonan cerai terhadap Intan

Lebih baik diam...

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2018 @ 9:27 PM