BARANGAN yang tidak diperlukan seperti kertas, plastik dan aluminium boleh dijual untuk dikitar semula di RBBC.
BARANGAN yang tidak diperlukan seperti kertas, plastik dan aluminium boleh dijual untuk dikitar semula di RBBC.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


DALAM kita membiasakan diri dengan kebiasaan baharu, aktiviti kitar semula tidak seharusnya dilupakan demi kelestarian alam sekitar.

Untuk itu, pusat beli-belah IPC melancarkan kempen Sisa kepada Harta bagi menggalakkan masyarakat menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada kebiasaan baharu.

Kempen yang diadakan sehingga 2 Ogos itu membolehkan pengunjung menghantar bahan kitar semula mereka ke Pusat Kitar Semula & Beli-Balik (RBBC) IPC dan seterusnya menikmati ganjaran hebat eksklusif bagi kategori bahan tertentu. Tahun lalu, pusat beli- belah itu melancarkan program perintis sisa makanan bersa

ma penyewa kedai makan minum (F&B) di mana mereka berjaya mengumpul lebih daripada 10 tan sisa makanan dalam masa setahun. Berikutan kejayaan itu, ia sekali lagi memperluaskan usaha kutipan bahan buangan kepada komunitinya menerusi RBBC.

Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran Digitalnya, Mark Tan berkata, kempen kelestarian itu dilakukan demi kesejahteraan masyarakat memandangkan aktiviti kitar semula seolah-olah kini menjadi perkara terakhir yang terlintas dalam fikiran. Justeru, kata Tan, pihaknya ingin memperkasakan kembali masyarakat bagi memupuk amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada kehidupan harian.

PENGHASILAN sisa tidak dapat dielakkan, tetapi pelupusan dengan cara yang bertanggungjawab boleh mewujudkan persekitaran yang lebih lestari.
PENGHASILAN sisa tidak dapat dielakkan, tetapi pelupusan dengan cara yang bertanggungjawab boleh mewujudkan persekitaran yang lebih lestari.

"Penghasilan sisa tidak dapat dielakkan, tetapi pelupusan dengan cara yang bertanggungjawab boleh mewujudkan persekitaran yang lebih lestari.

"Kami berhasrat menjadikan RBBC lebih mudah dikunjungi dan selamat untuk rakan sekerja serta pengunjung kami.

"Semua garis panduan kesihatan terkini termasuk langkah perlindungan yang sewajarnya sudah diambil untuk memastikan keselamatan pengunjung bagi membolehkan mereka terus menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar, " katanya. Kempen Sisa kepada Harta memberi ganjaran kepada pengunjung setiap kali mereka menghantar bahan kitar semula ke RBBC, termasuk bahan kitar semula seperti kertas akhbar, aluminium dan plastik.

Semua bahan kitar semula akan ditimbang dan harga pembelian balik tertakluk kepada jenis dan berat bahan buangan manakala kadar jumlah sisa yang diterima boleh didapati di RBBC serta laman web pusat beli-belah berkenaan.

Pengunjung boleh menunjukkan resit kutipan di Kaunter Maklumat, Aras G, untuk menebus ganjaran eksklusif yang disediakan. Sementara itu, pusat beli-belah berkenaan juga akan menyediakan tong kutipan bagi membolehkan pengunjung melupuskan produk berasaskan fabrik termasuk pakaian, mainan lembut, kasut, beg, kain linen dan kain langsir.

Sepertimana bahan kitar semula lain, pengunjung boleh pandu lalu dan memasukkan sisa fabrik di RBBC.

Fabrik yang dikutip akan diasingkan untuk disumbangkan atau dikitar semula menjadi kain pengelap atau diproses semula kepada pakaian baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 6:30 AM