CEF Sunway Resort Hotel & Spa menyediakan bubur lambuk.
CEF Sunway Resort Hotel & Spa menyediakan bubur lambuk.
Muhamaad Razis Ismail

KUMPULAN Sunway menyasarkan 9,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara menerima manfaat menerusi program #SunwayforGood Raya Cheer yang dijalankan selama sebulan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunway Tan Sri Razman M Hashim berkata, pada tahun ini pihaknya membuat kelainan dengan sumbangan turut diberikan kepada petugas barisan hadapan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banduan penjara.

"Kami menyedari kebanyakan rakyat di negara ini terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

"Oleh itu, sebagai sebuah syarikat korporat, kami terpanggil untuk bersama-sama membantu meringankan beban mereka yang terjejas selain memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membanteras pandemik ini.

"#SunwayforGood Raya Cheer antara sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan Kumpulan Sunway untuk memastikan tiada yang tertinggal menerima pelbagai bantuan yang disediakan," katanya.

SUNWAY Hotels & Resorts dan AYG bersama menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan, kakitangan perkhidmatan penting dan keluarga B40.
SUNWAY Hotels & Resorts dan AYG bersama menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan, kakitangan perkhidmatan penting dan keluarga B40.

Agihan bubur lambuk

Sebanyak 6,500 paket bubur lambuk disediakan khas kepada petugas barisan hadapan, kakitangan perkhidmatan penting dan keluarga B40 di seluruh negara mulai 1 Mei lalu yang disediakan cef Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Putra Hotel, Sunway Velocity Hotel, Sunway Hotel Seberang Jaya dan Sunway Hotel Georgetown.

Sukarelawan dan rakan kongsi Sunway, badan bukan kerajaan, Adab Youth Garage (AYG) menyampaikan 4,500 bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh serta kakitangan perkhidmatan penting dan keluarga B40 sekitar Lembah Klang setiap Jumaat bermula 1 Mei hingga 22 Mei depan.

Sebanyak 2,000 bubur lambuk akan diedarkan di Seberang Jaya, Pulau Pinang kepada keluarga B40 terpilih.

Jamuan makan tengah hari raya untuk banduan di penjara

Inisiatif #SunwayforGood Raya Cheer menyediakan makan tengah hari Aidilfitri yang dihoskan Sunway kepada 1,700 orang di Penjara Wanita Kajang pada 16 Jun depan.

Selain makan tengah hari, masyarakat juga akan menerima sebungkus kuih dan alat kelengkapan mandian yang dijual banduan penjara.

Pengarah Penjara Wanita Kajang, PKK Lim Kim Mooi berkata, perniagaan tahanan seperti batik, pakaian wanita, tikar, pastri, salon kecantikan dan perkhidmatan spa terjejas berikutan pelaksanaan PKP.

Jamuan makan tengah hari ini datang tepat pada masanya untuk menaikkan semangat mereka dan menyokong usahawan di penjara.

AGIHAN bubur lambuk kepada petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh.
AGIHAN bubur lambuk kepada petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh.

Sambutan Aidilfitri untuk anak yatim

Komuniti Belia Selangor (Komuniti SAY) akan menyampaikan hadiah Sunway kepada 170 penjaga dan anak yatim di empat rumah anak yatim iaitu Pusat Jagaan Nur Barakah, Pusat Jagaan Baitus Sofwah, Pusat Pengurusan Al-Firdaus dan Pertubuhan Anak Yatim Berkat Kasih (Rumah Cinta).

Mereka akan menerima pakaian baru, makanan, duit raya, pek vitamin C, cecair pembasmi kuman dan biskut khas dari Sunway Malls, Sunway Property dan Sunway Resort Hotel & Spa.

Ketua Pegawai Eksekutif Komuniti SAY, Nurul Azwa Rodzi berkata, rumah anak yatim berkenaan menghadapi kesukaran mendapatkan sumbangan untuk menjalankan operasi sejak PKP dilaksanakan.

"Bantuan Sunway datang tepat pada masanya, sekali gus menjadikan perayaan tahun ini lebih bermakna kepada anak-anak ini.

"Terima kasih kepada Kumpulan Sunway atas sumbangan dan komitmen mereka," katanya.

Sukarelawan AYG dan Komuniti SAY dilengkapi 300 pelitup muka yang disumbangkan Pusat Perubatan Sunway sebagai penghargaan atas sumbangan kepada masyarakat selama ini.

Makanan untuk gelandangan

Kumpulan Sunway juga menyumbang makanan kepada lebih 350 gelandangan yang tinggal sementara di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Makanan berkhasiat ini disediakan cef Sunway Lost World of Tambun.

Sunway City Iskandar pula turut bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk menyumbang makanan kepada 900 gelandangan yang tinggal sementara di Kem Wawasan Negara Gunung Pulai, Johor.

Pada masa sama, Sunway juga komited untuk melaksanakan Agenda Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030 iaitu untuk meneruskan pembangunan lestari yang tidak meninggalkan sesiapa pun.

SEORANG ahli keluarga B40 menerima bubur lambuk.
SEORANG ahli keluarga B40 menerima bubur lambuk.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2020 @ 6:15 AM