Penyerahan sumbangan serta tujuh komputer riba dan langganan WiFi kepada rumah anak yatim bagi memastikan penghuninya mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti. - FOTO Sunway
Penyerahan sumbangan serta tujuh komputer riba dan langganan WiFi kepada rumah anak yatim bagi memastikan penghuninya mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti. - FOTO Sunway
Suliati Asri

PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia sejak awal tahun lalu mencetuskan krisis kesihatan yang serius, melumpuhkan ekonomi dunia dan memberi tekanan kepada masyarakat.

Selain rakyat, syarikat besar dan kecil juga terjejas dengan kelumpuhan ekonomi.

Walaupun berdepan dengan situasi ekonomi yang mencabar, Sunway tetap komited menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik dan memerlukan menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Sepanjang tahun 2021 ini sahaja, lebih daripada 70,000 rakyat Malaysia mendapat manfaat melalui salah satu inisiatif CSR Sunway, #SunwayforGood.

Inisiatif ini bukan saja meringankan beban golongan memerlukan tetapi juga membantu mereka dalam kesusahan dengan bantuan makanan melebihi 100,000 kilogram yang bernilai melebihi RM1 juta.

#SunwayforGood bermatlamat untuk menggalakkan usaha kelestarian dan tanggungjawab sosial melalui tiga bidang iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengayaan komuniti, sejajar dengan komitmen memajukan 17 Matlamat Pembangunan Lestari PBB serta sasaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Komited hulur bantuan dalam pelbagai aspek

Sunway terus komited membantu negara terutamanya dalam meningkatkan program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (NCIP) dengan Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sebagai pusat vaksinasi swasta berskala besar pertama untuk daerah Petaling dengan sewa percuma.

Sejak permulaan pandemik Covid-19, Sunway telah memberi sumbangan sebanyak RM60 juta dan menjadikan empat lokasi Sunway sebagai pusat pemberian vaksinasi swasta.

Bukan itu sahaja, Sunway juga memberikan dana pengiklanan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk membantu komuniti B40 yang terjejas dari segi ekonomi melalui inisiatif #SunwayforGood Bank, Ogos lalu.

Menerusi Bank makanan itu, 25,000 kilogram makanan diagihkan kepada kira-kira 2,100 keluarga B40 di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Bantuan dihulur ringankan beban masyarakat

Bukan hanya berdepan dengan Covid-19, masyarakat juga terkesan dalam pelbagai bencana alam termasuklah banjir terburuk disebabkan hujan monsun yang melanda pantai timur dan wilayah Selatan sekali gus menyebabkan hampir 50,000 penduduk dipindahkan.

Menyedari keadaan itu, unit perniagaan Sunway iaitu Sunway City Iskandar Puteri, Sunway Hotels and Resorts, Taman Tema Sunway Lagoon, Sunway Malls, Sunway Pals serta Sunway Pharmacy bersatu di bawah inisiatif #SunwayforGood dan membantu NGO melaksanakan misi mereka.

Bantuan berjumlah lebih RM100,000 diserahkan kepada 250 keluarga di Johor, 1,250 waris di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang; 600 keluarga (3,000 penerima) di seluruh Pahang dan 600 keluarga (3,000 penerima) di seluruh Kelantan.

Selain bencana banjir, kebakaran di Kampung Baru Cina di Karak, Pahang, pada 1 Oktober lalu yang memusnahkan lebih 50 rumah dan lapan lot kedai menyebabkan lebih 150 orang kehilangan tempat tinggal dan Sunway sekali gus menghulurkan bantuan lebih RM20,000.

Sumbangan menerusi program Bantuan Bencana itu diagihkan sepanjang tiga hari oleh ahli farmasi dan pembantu farmasi Multicare.

Jadikan sambutan perayaan lebih bermakna

ImageTimbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunway, Tan Sri Datuk Seri Razman M Hashim (dua dari kanan) memberikan barangan runcit dan bubur lambuk kepada warga emas di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway. - FOTO Sunway

Sunway turut meraikan musim perayaan dengan semangat muhibah menerusi inisiatif #SunwayforGood.

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, Sunway memberikan barangan runcit, barangan perayaan dan perkhidmatan ICT kepada 230 orang penerima dari rumah kanak-kanak berbilang
kaum di Perak.

Sebagai sebahagian daripada #SunwayforGood, inisiatif Sunway LINE (Learn.Innovate.Nurture.Evolve) turut menyerahkan tujuh komputer riba dan langganan WiFi kepada rumah anak yatim bagi memastikan penghuninya mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Pada bulan Ramadan dan Syawal pula, Sunway menceriakan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia melalui sumbangan pelbagai barangan berupa beras, bubur lambuk, makanan berbungkus, barangan runcit dan banyak lagi di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kelantan.

ImagePasukan Sunway di semua wilayah menyerahkan sumbangan kepada rumah kebajikan ketika Ramadan dan Syawal. - FOTO Sunway

Pasukan Sunway di semua wilayah turut turun padang ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah orang tua, pusat perlindungan gelandangan, Program Perumahan Rakyat (PPR), kemudahan kerajaan, termasuk hospital dan penjara wanita, dalam usaha untuk mendekati mereka dan raikan kemeriahan perayaan melalui #SunwayforGood.

Menambahkan 'cahaya harapan' dalam sambutan Deepavali golongan B40, Sunway menyediakan hampir 30,000 kilogram barangan runcit penting dan makanan berkhasiat bernilai lebih RM170,000 kepada 863 keluarga selama tiga bulan berturut-turut bermula Oktober lalu, juga menerusi inisiatif #SunwayforGood Food Bank.

Dengan menumpukan kepada isi rumah berpendapatan tunggal serta ibu dan bapa tunggal lebih 900 kotak barangan runcit diagihkan di Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Bukan itu saja, semua penerima juga menerima penanda buku melalui program Let's Read The Asia Foundation yang membenarkan akses tanpa had dan percuma kepada perpustakaan dalam talian interaktif.

Bagi menyemai tabiat membaca dan belajar pula, Red Readerhood iaitu cabang CSR Big Bad Wolf Books, menyumbangkan 1,200 buku kepada kanak-kanak dalam keluarga ini.

Pengiktirafan

Atas impak usaha melaksanakan CSR, Sunway menerima pengiktirafan berprestij daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pada Sambutan Ulang Tahun ke-75, April lalu.

Pengasas dan Pengerusi Sunway Tan Sri Dato' Seri Dr Jeffrey Cheah menerima anugerah yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, penganugerahan itu adalah pengiktirafan buat pasukan Sunway yang bekerja tanpa jemu bukan sahaja untuk berinovasi bagi penyelesaian jangka panjang kepada pandemik
Covid-19 yang berpanjangan ini tetapi juga berdedikasi untuk mendekati mereka yang memerlukan.

"Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDGs) bukan sahaja untuk kerajaan tetapi ia juga adalah tanggungjawab semua orang," katanya.

Sunway komited memajukan UN-SDGs dan menjalankan CSR yang sejajar dengan UN-SDGs melalui inisiatif #SunwayforGood.

Inisiatif ini memberi kesan kepada 500,000 rakyat di seluruh negara dan menyasarkan untuk meningkatkan bilangan penerima bantuan kepada beberapa juta orang menjelang 2030.

Sunway juga memenangi Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia untuk Syarikat Terbaik dalam Portfolio Perniagaan Pelbagai Disiplin sebagai syarikat awam yang cemerlang dan mengambil berat mengenai komuniti dan menggalakkan ekonomi mampan.

Selain itu, sepanjang tahun ini Sunway turut menerima beberapa penganugerahan termasuklah Top 10 Majikan Paling Menarik di Malaysia, pemenang terbesar di Anugerah Pilihan Graduan 2021/2022, Tempat Kedua dalam Top 100 Most Sustainable Employer dan disenaraikan sebagai Syarikat Terurus Terbaik oleh Deloitte.

Sunway juga turut memenangi Inisiatif Tanggungjawab Korporat (CR) Terbaik buat kali ketiga sejak 2015 di Edge Billion Ringgit Club 2021 dan Anugerah CSR Komuniti di Anugerah Kecemerlangan Pembangunan iProperty (iDEA).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Disember 2021 @ 11:32 AM