COLDPLAY akan bertemu peminat di Asia dan Amerika Utara menerusi konsert jelajah A Head Full of Dreams pada tahun depan.
COLDPLAY akan bertemu peminat di Asia dan Amerika Utara menerusi konsert jelajah A Head Full of Dreams pada tahun depan.
Susunan Michelle Gun


Kumpulan rock terkenal British, Coldplay tampil dengan album ketujuh berjudul A Head Full of Dreams memuatkan 11 lagu bulan ini.

Istimewanya, album itu memuatkan demo lagu Amazing Grace yang dinyanyikan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika majlis pengebumian mangsa tembakan South Carolina pada Jun lalu.

Album terbitan Stargate itu turut menampilkan penyanyi popular Beyonce menerusi lagu Hymn For The Weekend sebagai penyanyi latar.

Selain Beyonce, Coldplay turut bekerjasama dengan Noel Gallagher, Tove Lo dan Merry Clayton.

Pemain gitar utama Coldplay, Jonny Buckland berkata mereka perlu memastikan lagu Hymn For The Weekend berkualiti agar menepati jangkaan Beyonce.

“Bekerjasama dengan Beyonce ibarat menunggu kehadiran pengetua sekolah. Kami perlu bekerja keras untuk memastikan lagu itu sedap didengar,” katanya.

Sebelum ini, ketua Coldplay, Chris Martin mendedahkan A Head Full of Dreams album terakhir kumpulan itu selepas sembilan tahun mencipta nama.

Kumpulan itu memperkenalkan single pertama daripada album terbabit, Adventure Of A Lifetime pada November lalu dan klip video yang dimuat naik ke YouTube sudah mencecah lebih 10 juta tontonan.

Lebih menarik, Coldplay akan bertemu peminat di Asia dan Amerika Utara menerusi konsert jelajah A Head Full of Dreams pada tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2015 @ 5:00 AM