Sykes mendakwa Coldplay meniru Bring Me The Horizon dengan menggunakan simbol Flower of Life untuk gambar album Head Full of Dreams.
Sykes mendakwa Coldplay meniru Bring Me The Horizon dengan menggunakan simbol Flower of Life untuk gambar album Head Full of Dreams.
Oli Sykes beraksi di atas meja tempat duduknya.
Oli Sykes beraksi di atas meja tempat duduknya.
Susunan Oleh Michelle Gun


Vokalis Coldplay, Chris Martin tergamam apabila penyanyi kumpulan Bring Me The Horizon, Oli Sykes tiba-tiba beraksi di atas meja tempat duduknya sehingga roboh ketika membuat persembahan di Anugerah NME 2016 yang berlangsung di London, Kelmarin.

Menerusi rakaman video di Youtube, kejadian berlaku ketika Bring Me The Horizon menyampaikan lagu Happy Song dan Sykes kelihatan berjalan ke arah Martin sebelum bertindak melompat ke atas meja.

Menurut The Sun, Martin memuji persembahan Bring Me The Horizon namun mengakui tidak pernah mendengar nama kumpulan itu.

Syke kemudian menjelaskan sebenarnya berniat mengenakan isteri John Lennon, Yoko Ono yang menerima anugerah Inspirasi NME pada malam itu.

"Saya tidak menyedari itu meja Coldplay. Saya bukan sengaja. Kami (Bring Me The Horizon) sebenarnya menyasarkan meja Yoko Ono.

"Adakah ia kelihatan disengajakan? Dia (Martin) memberitahu mahu mendengar kami dengan lebih jelas jadi saya mendekatinya.

"Namun, saya merasakan sesuatu tidak kena dengan suara saya, jadi ke meja Martin," katanya.

Tahun lalu, Sykes menerusi akaun Twitter miliknya mendakwa Coldplay meniru Bring Me The Horizon dengan menggunakan simbol Flower of Life untuk gambar album Head Full of Dreams.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2016 @ 1:10 AM