Syanty Octavia Amry


Kuala Lumpur: Penganjur Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) hari ini mengumumkan pelawak dan pelakon, Zizan Razak dan Faizal Ismail sebagai pengacara anugerah berprestij itu yang akan berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 6 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim berkata, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bersetuju memilih mereka berdua dengan persetujuan pihak Astro selepas melihat keserasian yang terjalin antara Zizan dan Faizal menerusi program Akademi Fantasia 2014 yang baru saja berakhir.

"Selepas melihat keserasian mereka berdua kami daripada RIM dan Astro sepakat memilih berdua. Meskipun ada beberapa nama yang disenaraikan kami lihat mereka lebih sesuai," katanya pada sidang media kedua AIM21 di sini, sebentar tadi.

Pada majlis itu, turut diumumkan penyampai trofi dan artis yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak kelak.

Antara artis yang terbabit adalah Adibah Noor, Aisyah Aziz, Awi Rafael, Dayang Nurfaizah dan Sleeq.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 6:31 PM