Kuala Lumpur: Syarikat penerbangan Cebu Pacific Air akan memindahkan operasinya dari Terminal 2 ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berkuat kuasa 3 Januari ini.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataannya berkata, penerbangan pertama Cebu Pacific Air menggunakan Terminal 1 KKIA adalah 5J733 yang dijadual tiba dari Manila pada jam 1.30 pagi manakala penerbangan 5J734 ke Manila pada jam 2.15 pagi.

Bagi kemudahan penumpang, MAHB akan menyediakan perkhidmatan bas antara Terminal 1 dan Terminal 2 KKIA pada hari operasi dijalankan.

Syarikat itu turut menyediakan penerbangan bagi perjalanan antara Kota Kinabalu dan Manila pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.

Mengenai operasi AirAsia, MAHB berkata pemindahan operasi pejabatnya dari Terminal 2 ke Terminal 1 KKIA akan dibuat selepas usaha pengubahsuaian pejabat selesai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 10:06 AM