Salah satu kereta, ‘The Beast’  yang membawa Obama melalui Lebuhraya Persekutuan menuju ke Universiti Taylor’s Subang Jaya untuk menghadiri program 'Townhall', petang tadi.  FOTO Asyraf Hamzah
Salah satu kereta, ‘The Beast’ yang membawa Obama melalui Lebuhraya Persekutuan menuju ke Universiti Taylor’s Subang Jaya untuk menghadiri program 'Townhall', petang tadi. FOTO Asyraf Hamzah
Oleh Muhd Izawan Baharin


Kuala Lumpur: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama meluangkan masa lebih sejam bersama belia yang menyertai majlis pertemuan Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Taylor's di Subang Jaya, petang tadi.

Beliau menjawab soalan daripada belia pelbagai negara termasuk mengenai keputusan yang dilakukan sepanjang dua penggal menjadi Presiden AS, pengurusan kehidupan peribadi dan tanggungjawab, harapan terhadap golongan muda, peluang fesyen batik di AS dan kaedah menjadikan sektor pertanian lebih menarik.

Obama berkata, beliau lebih gemar menghabiskan masa dengan golongan muda kerana mereka bertenaga dan mempunyai banyak idea.

"Golongan muda mempunyai peluang besar untuk menjadi contoh kepada kesamarataan dan perkongsian idea untuk masa depan negara," katanya.

Beliau turut menarik perhatian apabila bertutur dalam bahasa Indonesia dengan belia dari negara itu yang bertanyakan soalan.

"Apa khabar, dari mana? Jakarta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 7:46 PM