Obama bersama Najib pada Sidang Kemuncak AS-ASEAN di Rancho Mirage, Sunnylands, California, hari ini - Reuters
Obama bersama Najib pada Sidang Kemuncak AS-ASEAN di Rancho Mirage, Sunnylands, California, hari ini - Reuters
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Springs, California, Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN di Sunnylands.  FOTO Pejabat Perdana Menteri

Daripada Abdul Jalil Hamid di Califonia

Sunnylands (California): Pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN, hari ini, dijangka menjuruskan perbincangan mereka terhadap ekonomi dan hubungan strategik.

Kesemua pemimpin dijangka mengadakan perbincangan yang banyak berkaitan kerjasama, keselamatan, politik, keganasan dan Laut China Selatan.

Kesemua sepuluh pemimpin ASEAN akan berada dua hari di Sunnylands, yang terletak di selatan California atas jemputan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang tiba awal di Palm Springs, dekat sini, sebelum itu meluangkan masa bertemu pegawai kanan kerajaan sebelum menyertai sidang kemuncak.

Perdana Menteri menjelaskaan, bahawa sidang kemuncak itu penting buat buat kedua-dua pihak sekali gus mencerminkan pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap ASEAN.

Obama akan menjadi tuan rumah buat Najib dan sembilan pemimpin ASEAN lain di Rancho Mirage - sidang sulung AS-ASEASN di tanah Amerika Syarikat.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Washington yang jelas memberi tumpuan terhadap ekonomi ASEAN yang mencatat pertumbuhan begitu pantas kebelakangan ini.

Obama dan pemimpin ASEAN juga dijangka mengadakan perbincangan dalam suasana agak lebih santai berkaitan isu dunia dan wilayah masing-masing pada jamuan makan, malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 8:24 AM