CHONG Wei akan bertemu Chen Long pada aksi final.
CHONG Wei akan bertemu Chen Long pada aksi final.
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Selepas lebih tiga tahun gagal mencari jawapan dan cara untuk mengalahkan Lin Dan, usaha Datuk Lee Chong Wei membawa hasil lumayan apabila mengalahkan Lin Dan di separuh akhir Terbuka China, semalam.

Lebih manis lagi, kejayaan bekas pemain nombor satu dunia itu berlaku di depan penyokong setia Lin Dan yang sebelum itu mengheretnya ke perlawanan rubber set.

Tumpas pada set pertama bukanlah penghalang buat Chong Wei untuk bangkit semula seterusnya menang 17-21, 21-19, 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 31 minit di Pusat Sukan Olimpik Haixia, Fuzhou.

Menanti Chong Wei di saingan akhir hari ini pemain nombor satu dunia, Chen Long yang sebelum itu mudah untuk mengenepikan wakil Korea Selatan, Son Wan Ho 21-11, 21-17.

Sementara itu, jurulatih perseorangan lelaki negara Tey Seu Bock berkata, permainan Chong Wei semalam sangat baik namun jika dilihat dari keseluruhan aksi kedua-dua pemain itu mempamerkan permainan yang seimbang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2015 @ 5:30 AM