CHONG Wei akan berdepan Lin Dan pada pusingan seterusnya.
CHONG Wei akan berdepan Lin Dan pada pusingan seterusnya.
Oleh Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei terpaksa bergelut pada pusingan pertama Siri Super Terbuka Jepun sebelum menumpaskan pemain Thailand, Boonsak Ponsana di Gimnasium Metropolitan, Tokyo semalam.

Dia bermula agak perlahan apabila tumpas set pertama sebelum bangkit melakar kemenangan 10-21, 21-15, 21-16 dalam tempoh 56 minit.

Chong Wei yang terpaksa mengharungi pusingan kelayakan kelmarin, akan bertemu musuh tradisi, Lin Dan pada pusingan kedua hari ini apabila pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu mengalahkan Son Wan Ho dari Korea Selatan.

Nasib sama turut dialami Lin Dan apabila dia terpaksa mengharungi perlawanan hingga ke rubber set dan mengharungi aksi lebih sejam sebelum menang 17-21, 25-23, 21-17.

Menurut Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen, Chong Wei memang tidak memberikan aksi terbaik semalam namun layak dipuji apabila mampu mengalahkan Boonsak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 6:38 AM