Junaidi (dua dari kiri) bersama wartawan dan jurugambar kumpulan NSTP menunjukkan sijil kemenangan masing-masing pada Malam Anugerah Kewartawanan Kinabalu Shell di Kota Kinabalu, malam tadi. FOTO Ardyhansah Amat
Junaidi (dua dari kiri) bersama wartawan dan jurugambar kumpulan NSTP menunjukkan sijil kemenangan masing-masing pada Malam Anugerah Kewartawanan Kinabalu Shell di Kota Kinabalu, malam tadi. FOTO Ardyhansah Amat
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Wartawan Harian Metro (HM) Junaidi Ladjana memenangi hadiah utama Laporan Berita Bahasa Melayu sempena Anugerah Kewartawanan Kinabalu Shell 2015, di sini, malam tadi.

Junaidi menerusi dua laporannya yang bertajuk Murah, Mudah, Senang Didapati dan Rampas 13 Jenis Senjata Bahaya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 dan sijil penghargaan.

Jurugambar HM Izhari Ariffin menerusi foto Tanah Runtuh Lagi terpilih memenangi hadiah merit bagi Kategori Penulisan Alam Sekitar (Foto Terbaik).

Sementara itu, dua jurugambar sambilan HM Erdihazzuan Ab Wahid dan Mohd Adam Arinin turut cemerlang apabila masing-masing memenangi merit dalam kategori Foto Terbaik (Jurugambar Sambilan).

Izhari, Erdihazzuan dan Mohd Adam masing-masing menerima wang tunai RM250 dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo, manakala majlis dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 11:24 PM