MOHD Shafie (dua kiri) menyampaikan Anugerah Utama KSPA bagi Bahasa Melayu kepada Junaidi (dua kanan) sempena Kinabalu Shell Press Awards 2018. FOTO Malai Rosmah Tuah
MOHD Shafie (dua kiri) menyampaikan Anugerah Utama KSPA bagi Bahasa Melayu kepada Junaidi (dua kanan) sempena Kinabalu Shell Press Awards 2018. FOTO Malai Rosmah Tuah
PEMENANG anugerah daripada NSTP bergambar sempena Kinabalu Shell Press Awards (KSPA) 2018. FOTO Khairull Azry Bidin
PEMENANG anugerah daripada NSTP bergambar sempena Kinabalu Shell Press Awards (KSPA) 2018. FOTO Khairull Azry Bidin
Norasikin Daineh


WARTAWAN Harian Metro (HM), Junaidi Ladjana mengungguli hadiah utama Anugerah Kewartawan Shell-Kinabalu 2018 bagi Bahasa Melayu di Kota Kinabalu, hari ini menerusi laporan Pembunuh Hasil Laut.

HM turut memenangi dua hadiah utama menerusi wartawan sambilan, Hazsyah Abdul Rahman bagi kategori Anugerah Kewartawanan Stringer Bahasa Melayu dan Ruslan Lusi menerusi Anugerah Foto Terbaik Stringer.

Junaidi dan seorang lagi wartawan HM, Norasikin Daineh masing-masing mendapat merit melalui Anugerah Laporan Berita Bahasa Melayu dan Alam Sekitar Bahasa Melayu.

Hadiah utama disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut hadir Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Muguntan Vanar.

Sementara itu, wartawan Berita Harian (BH), Mohd Izham Unnip Abdullah memenangi anugerah utama menerusi Anugerah Berita Laporan Berita Bahasa Melayu dan Poliana Ronnie Sidom memenangi Anugerah Seni, Budaya dan Hiburan Bahasa Melayu.

Wartawan NST, Avila Geraldine dan Olivia Miwil menang Laporan Berita Bahasa Inggeris selain Olivia turut menang Anugerah Kewartawanan Sukan Bahasa Inggeris.

Jurufoto NSTP, Malai Rosmah Tuah memenangi anugerah utama bagi Foto Alam Sekitar, selain merit Anugerah Foto Berita Terbaik dan Foto Terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 November 2018 @ 11:40 PM