Oleh Sudirman Mohd Tahir


Subang Jaya: Dengan sekali lafaz, penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelima Mila Jirin, 28, sah bergelar isteri kepada pengurus dan rakan niaganya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 36, dalam majlis di hotel di sini, 6.20 petang tadi.

Mila yang berwalikan bapanya Jirin Burhan, 54, dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Jamek Batu 12, Puchong, Ustaz Mohamed Zainal Khamis.

Dalam majlis itu, Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 beserta wang hantaran berjumlah RM23,128.70 dan lima dulang hantaran,manakala pihak Mila membalas dengan tujuh dulang.

Majlis dihadiri ahli keluarga terdekat kedua mempelai dan teman rapat.

Majlis persandingan akan diadakan pada 20 Disember depan bertempat di Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang berkonsepkan tradisional.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 8:48 PM
MILA dan Ahmad Ailis. FOTO Sudirman Mohd Tahir
MILA dan Ahmad Ailis. FOTO Sudirman Mohd Tahir