Majlis persandingan Mila dan Ahmad Ailis di Bayan Lepas, hari ini. FOTO Mikail Ong
Majlis persandingan Mila dan Ahmad Ailis di Bayan Lepas, hari ini. FOTO Mikail Ong
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Bayan Lepas: Majlis Persandingan Juara Akademi Fantasia musim kelima (AF 5), Norsyarmilla Jirin, 28 atau Mila bersama pasangan, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 36, berlangsung meriah di Dewan Mutiara TH Hotel Bayan Lepas, di sini, hari ini.

Lebih 2,000 tetamu termasuk sanak saudara, kenalan dan peminat setia tiba seawal 12 tengah hari untuk bertemu dengan lebih dekat pengantin berkenaan.

Mila dan Ahmad Ailis tiba pada 2.05 petang dengan kereta mewah dan disambut paluan kompang dan 10 penari kebudayaan daripada Seri Lembayung Sari.

Mila dan Ahmad Ailis selamat diijabkabulkan kira-kira 6.20 petang di Hotel E-City, One City, Kuala Lumpur, 11 November lalu.

Mereka dinikahkan oleh Imam dan Penolong Pendaftar Pernikahan, Masjid Jamek Batu 12 Puchong, Ustaz Mohamed Zainal Khamis dan Mila diwalikan oleh bapanya sendiri Jirin Burhan.

Mila menerima mas kahwin RM1,001 beserta wang hantaran RM23,128.70 dengan pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2015 @ 4:41 PM