Perlawanan United dan West Brom akan berlangsung di Old Trafford malam esok. - Pix MUFC
Perlawanan United dan West Brom akan berlangsung di Old Trafford malam esok. - Pix MUFC

Manchester: Manchester United perlu menang selesa menentang West Bromwich Albion pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) esok atau pengurus, Louis van Gaal berdepan soalan baru mengenai prestasi pasukannya.

"Kami cuba melakukannya tetapi saya merasakan rentak permainan EPL lebih sukar untuk dibentuk. Anda dapat melihatnya setiap minggu bukan Manchester United saja berdepan masalah tetapi pasukan lain juga," kata pengurus dari Belanda itu.

United baru mencatat kemenangan 1-0 dalam Liga Juara Juara mengatasi CSKA Moscow pada pertengahan minggu ini menerusi tandukan Wayne Rooney. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 7:26 PM