Penyerang Perancis, Kylian Mbappe dihalang pemain Wales pada aksi persahabatan di Stadium Allianz Riviera. FOTO AFP
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe dihalang pemain Wales pada aksi persahabatan di Stadium Allianz Riviera. FOTO AFP
AFP

Nice, Perancis: Karim Benzema gagal menyempurnakan penalti pada penampilan pertamanya bersama Perancis dalam tempoh enam tahun ketika skuad itu menang 3-0 ke atas Wales dalam aksi persahabatan Euro 2020, pagi ini.

Benzema tersisih daripada skuad kendalian Didier Deschamps sejak Oktober 2015 berikutan peranannya dalam skandal pemerasan.

Kylian Mbappe, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele berada dalam senarai penjaring buat juara Piala Dunia berdepan skuad finalis separuh akhir 2016, yang kehilangan Neco Williams selepas pemain itu dilayangkan kad merah kerana memegang bola.

Deschamps memberikan tugas penjaga gawang kepada Hugo Lloris untuk permulaan dalam kesebelasan utama ke-100 sebagai kapten tetapi pemain tengah, N'Golo Kante direhatkan selepas memenangi Liga Juara-Juara bersama Chelsea, Sabtu lalu.

Benzema, yang meledak dua gol berdepan Armenia di Allianz Riviera ketika kali terakhir penampilan di peringkat antarabangsa, terpaksa akur apabila sepakan penaltinya dinafikan Danny Ward selepas empat minit permainan.

Perancis akan berdepan Bulgaria pada Selasa sebelum aksi pembukaan kempen Euro 2020 menentang Jerman di Munich pada 15 Jun.

Wales pula melayang kunjungan Albania pada Sabtu sebelum ke Baku untuk berdepan Switzerland pada 12 Jun ini.

Keputusan aksi persahabatan :

Belarus 1 Azerbaijan 2

Bosnia Herzegovina 0 Montenegro 0

Norway 1 Luxembourg 0

Romania 1 Georgia 2

Jerman 1 Denmark 1

Belanda 2 Scotland 2

England 1 Austria 0

Perancis 3 Wales 0

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Jun 2021 @ 7:22 AM