BENZEMA dipanggil menyertai kem latihan skuad Perancis. FOTO AFP
BENZEMA dipanggil menyertai kem latihan skuad Perancis. FOTO AFP
AFP

Paris: Karim Benzema dipanggil dalam skuad Perancis untuk Euro 2020 oleh Didier Deschamps, keputusan yang mengejutkan penyerang Real Madrid itu selepas beberapa tahun tersisih.

Pemain bintang berusia 33 tahun itu tidak beraksi bersama Perancis sejak Oktober 2015 namun kini tersenarai bersama-sama pemenang Piala Dunia, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann untuk persediaan kejohanan Eropah itu yang tertangguh sebelum ini.

"Sangat berbangga dapat kembali ke pasukan Perancis serta kepercayaan yang diberikan kepada saya," kata Benzema di akaun Twitter miliknya.

"Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, kelab dan kepada yang sentiasa memberi sokongan dan kekuatan kepada saya pada setiap hari."

Benzema yang sudah menjaringkan 27 gol untuk Perancis sepanjang 81 penampilan, memenangi anugerah pemain terbaik Perancis yang beraksi di luar negara oleh Persatuan Pemain Perancis.

Dia sudah menjaringkan 29 gol untuk Real Madrid pada musim ini

"Saya tidak pernah memperkatakan yang buruk mengenainya. Sejak awal lagi kami menjalinkan hubungan yang baik," kata Deschamps merujuk kepada Benzema.

Perancis akan memulakan kempen Euro 2020 bertemu pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali, Jerman di Munich pada 15 Jun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Mei 2021 @ 10:06 AM