SATU pasangan berehat di kafe berhampiran Sungai Kahayan di Palangkaraya selepas jerebu semakin berkurangan di bandar itu.
SATU pasangan berehat di kafe berhampiran Sungai Kahayan di Palangkaraya selepas jerebu semakin berkurangan di bandar itu.

Palangkaraya: Hujan sejak beberapa hari lalu menyebabkan jerebu tebal yang melanda beberapa wilayah di Indonesia semakin berkurangan.

Pegawai di agensi bencana kebangsaan, Purwo Nugroho memberitahu, hujan membantu memadamkan beberapa kawasan kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.

“Awan yang banyak menjadikan teknik pembenihan awam berjaya menyebabkan hujan di beberapa kawasan kebakaran,” katanya.

Menurutnya, hujan lebat melanda beberapa lokasi di Sumatera termasuk Riau dan Jambi.

“Hujan juga berlaku di Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur,” jelasnya.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan satelit, titik panas di Sumatera dan Kalimantan juga berkurangan dengan mendadak.

“Keadaan jerebu di beberapa bandar di Kalimantan dan Sumatera juga semakin berkurangan,” jelasnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 6:41 AM