RENE (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Susu Formula Tumbesaran S-26 GOLD terbaru.
RENE (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Susu Formula Tumbesaran S-26 GOLD terbaru.
Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman

Kuala Lumpur: Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd optimis mampu meningkatkan penguasaan pasaran terkini sebanyak 13 peratus ke tahap lebih tinggi menjelang akhir tahun ini bersandarkan pengenalan Susu Formula Tumbesaran S-26 Gold terbarunya.

Pengurus Perniagaan Negaranya, Rene Wipperich berkata, sebagai pemain ketiga terbesar pasaran menerusi segmen itu, pihaknya sentiasa membuat kajian sains berkaitan pemakanan yang terbaik untuk kanak-kanak agar bersesuaian dengan tumbesarannya.

“Susu tumbesaran S-26 Gold yang unik ini khusus bagi si kecil berusia satu Ia dan ke atas. Dengan melipatgandakan zat termasuk DHA dengan lima kali lebih kualiti, melebihkan lutein sehingga 40 peratus dan kolina sebanyak 20 peratus.

“Malah, kedua-dua produk iaitu S-26 Gold Progress dan S-26 Gold Promise dirumuskan dengan sistem biofaktor yang turut mengandungi oligofruktos, kalsium dan protein,” katanya pada pelancaran Susu Formula Tumbesaran S-26 GOLD terbaru, baru-baru ini.

Menurutnya, produk berkenaan dibangunkan secara saintifik untuk menyokong visi pertumbuhan dan pembangunan kanak-kanak di mana ia direka khas dengan mengandungi pelbagai zat penting bagi memupuk pertumbuhan fizikal dan mental yang seimbang.

Mengulas mengenai kesan terhadap kejatuhan mata wang, beliau berkata, perniagaan sedikit sebanyak terjejas memandangkan semua produk diimport dari kilang di Singapura.

“Meskipun begitu, kami yakin pengenalan formula terbaru serta pembungkusan baru mampu melonjakkan peningkatan syarikat dari aspek penjualan,” katanya.

Bagi perancangan 2016, kumpulan akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti produk seiring hasil kajian nutrisi terbaru agar pada masa sama dapat mengembangkan portfolio syarikat.

S-26 Gold Progress dan S-26 Gold Promise dijangka berada di pasaran tempatan pada November dan semua produk dijual pada harga antara RM43.73 hingga RM120 bagi setiap unit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 6:30 AM