PEMENANG  bersama Dr Sheikh Muszaphar, Zaki (dua dari kanan) dan Zaid (tiga dari kiri).
PEMENANG bersama Dr Sheikh Muszaphar, Zaki (dua dari kanan) dan Zaid (tiga dari kiri).
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Kanak-kanak ibarat kain putih, ibu bapa memainkan peranan mencorakkan mereka. Malah dengan dorongan dan sokongan, mereka mampu mencapai apa saja yang diinginkan.

Selain itu, pemakanan dan nutrisi seharian kanak-kanak juga penting bagi tumbesaran mereka malah mampu merangsang perkembangan minda yang positif, kreatif dan inovatif.

Menyedari pentingnya memberi sokongan untuk anak-anak mengejar cita-cita mereka, Wyeth Nutrition, perintis dalam sains pemakanan dan teman perjalanan keibubapaan baru-baru ini meraikan empat pemenang dalam Peraduan Seni Cita-Cita Hooray Wyeth Nutrition, pada satu majlis penyampaian hadiah di KidZania Kuala Lumpur.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pakar motivasi dan jurulatih keibubapaan, Zaid Mohamad yang mengendalikan satu bengkel yang tertumpu kepada strategi untuk membantu ibu bapa dalam mendorong anak-anak mereka mencapai impian.

Berbekalkan inovasi dan warisan yang kukuh dalam menyokong pembentukan mental dan fizikal, Wyeth Nutrition S-26® Progress® dan S-26® Promise® membantu kanak-kanak untuk membina satu asas kukuh bagi proses pembelajaran mereka adalah dirumus khas dan mengandungi segala khasiat untuk menyokong tumbesaran minda, visual dan fizikal seseorang kanak-kanak itu pada setiap peringkat usia.

Peraduan Seni ‘Cita-Cita Hooray’ yang berlangsung dari 1 April hing­ga 30 Jun lalu terbuka kepada pengguna Wyeth Nutrition S-26® Progress® dan S-26® Promise®. Peraduan seni ini bertujuan mewujudkan satu platform untuk kanak-kanak menyatakan cita-cita mereka selain mendorong mereka menyerlahkan kreativiti bagi menjadikan aspirasi kepada realiti.

Peraduan ini turut mendapat sambutan hangat dengan jumlah penyertaan yang diterima mencecah 2,000 karya lukisan dan sebagai penghargaan kepada peserta, Wyeth Nutrition S-26® menempatkan karya mereka di Pameran Seni ‘Cita-Cita Hooray’ di sepanjang laluan koridor kaca menuju ke pintu masuk Kid­Zania KL.

Sementara itu, Zandawati Jaffar yang dinobatkan sebagai pemenang utama, memandu pulang sebuah Nissan Almera, manakala Nor Fazilah Abdul Hamid, Siti Zawani Noor Buddy dan Pang Yun Hai pula masing-masing memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, RM5,000 dan RM2,500.

Dr Sheikh Muszaphar juga tidak ketinggalan berkongsikan petua keibu­bapaannya berdasarkan pengalaman dan cabaran yang dihadapi dirinya sewaktu di bengkel berkenaan.

Membesar dengan formula susu Wyeth Nutrition’s S-26® Progress® dan S-26® Promise®, beliau percaya galakan berterusan dapat membantu kanak-kanak me­nyerlahkan potensi mereka.

Beliau mendapati ibu bapa orang yang paling dipercayai kanak-kanak dan oleh itu, ibu bapa dijadikan tempat bergantung mereka untuk memperoleh galakan apabila tidak berkeyakinan.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd, Mohd Zaki Mohd Zin berkata, Wyeth Nutrition berasa teruja untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini bagi menggalakkan kanak-kanak untuk mengejar dan mencapai impian dan cita-cita mereka.

“Sebagai ibu bapa, kita penentu sama ada anak-anak kita dapat merealisasikan impian mereka atau tidak. Oleh itu, Wyeth Nutrition memberi penghormatan kepada golongan ibu bapa kerana menjadi pencetus inspirasi, pemberi motivasi dan ikutan anak-anak mereka.

“Selain merumus khasiat yang terbaik dan kualitinya untuk memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak, kami juga berhasrat mewujudkan satu platform untuk menggalakkan kanak-kanak menyerlahkan potensi di samping

menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk mengeratkan hubungan dan ikatan kekeluargaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 9:41 AM