KENNY (belakang, tengah), Pengurus Produk Lactogrow Nestle Nutrition Malaysia, Siew Pui Mun (belakang, kiri) dan Pengarah komunikasi Nestle Malaysia, Eugene Chan (belakang, kanan) pada pelancaran Lactogrow serba baru.
KENNY (belakang, tengah), Pengurus Produk Lactogrow Nestle Nutrition Malaysia, Siew Pui Mun (belakang, kiri) dan Pengarah komunikasi Nestle Malaysia, Eugene Chan (belakang, kanan) pada pelancaran Lactogrow serba baru.
Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Nestle Products Sdn Bhd (Nestle) mempertimbangkan langkah untuk menangani harga bagi produk susu formulanya jika ia disenaraikan sebagai barangan dikenakan cukai di bawah rejim cukai baru negara iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Nutrition Malaysia, Kenny Wong Eu Khan berkata, pihaknya masih meneliti sebarang pengumuman mengenai senarai akhir barangan yang dikenakan SST sebelum melaksanakan langkah tertentu.

“Sebelum ini, produk susu formula sememangnya dikecualikan daripada cukai dan apa paling penting kami sentiasa mematuhi sebarang struktur cukai yang ditetapkan kerajaan di mana melalui senarai itu, kami akan menentukan tindakan kami seterusnya,” katanya pada pelancaran produk susu formula Lactogrow serba baru di sini, semalam.

Majlis itu menyaksikan Nestle melancarkan produk terbarunya, Lactogrow serba baru iaitu susu formula yang dirumus secara saintifik untuk kanak-kanak berumur dari satu hingga enam tahun.

Beliau berkata, Lactogrow adalah satu-satunya produk seumpamanya di negara ini yang diperkaya dengan L.reuteri, probiotik berguna bagi meningkatkan fungsi dan keselesaan sistem penghadaman kerana persekitaran usus baik adalah penting untuk penyerapan nutrien optimum.

Ia juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi untuk menyokong fungsi pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat serta DHA dan Happy Nutri iaitu kombinasi 15 vitamin dan mineral penting.

Menurutnya, Lactogrow serba baru itu menawarkan dua varian iaitu Lactogrow 3 yang menggantikan Lactokid Comfortis 3 dengan resipi baru dan ditambah baik serta Lactogrow 4 iaitu produk baru yang diperkaya dengan nutrien penting untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

“Kami yakin ia akan mendapat sambutan kerana Nestle antara tiga jenama susu formula teratas di Malaysia dengan produk susu formula untuk tumbesaran kanak-kanak kami mencatatkan perkembangan pantas dalam pasaran tempatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 September 2018 @ 3:00 PM