PEGAWAI Eksekutif Perniagaan Wyeth Nutrition Malaysia, Kenny Woong (kiri) bersama Diana pada pelancaran produk S-26 Organic Progress di platform Lazada.
PEGAWAI Eksekutif Perniagaan Wyeth Nutrition Malaysia, Kenny Woong (kiri) bersama Diana pada pelancaran produk S-26 Organic Progress di platform Lazada.
hmdigital

LAZADA Malaysia mengumumkan jenama Lazada menjadi platform e-dagang pertama memasarkan produk susu organik S-26 Organic Progress secara dalam talian dan eksklusif di cawangan S-26 Gold Progress di LazMall bermula 4 Julai ini.

Pengenalan produk susu tumbesaran daripada Wyeth Nutrition itu selari dengan penganjuran acara pertengahan tahun Lazada iaitu Lazada Big Baby Fair pada 12 Julai hingga 16 Julai di LazMall.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Diana Boo berkata, pengenalan produk terbabit bukti komitmen Lazada dalam menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik kepada kanak-kanak melalui programnya iaitu Jaminan Susu Formula.

“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan jenama antarabangsa terkemuka, Wyeth Nutrition sebagai platform pilihan e-dagang mereka dan ia menandakan kedudukan Lazada di pasaran sebagai destinasi gaya hidup dipercayai,” katanya pada pelancaran produk S-26 Organic Progress di platform Lazada di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 7:30 AM