Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Jerebu teruk di utara Semenanjung kian berkurang berbanding semalam dengan penurunan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada tahap tidak sihat, 10 pagi tadi.

Enam lokasi di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang mencatat IPU sangat tidak sihat semalam, beransur turun ke paras tidak sihat.

Ketika ini, 22 kawasan di seluruh negara mencatat IPU tidak sihat dengan bacaan tertinggi di Bakar Arang Sungai Petani (168), diikuti Langkawi dan Seberang Jaya 2, Perai (167), Alor Setar (162), USM (158), Kangar (154), Perai (146), Seri Manjung (139) dan SK Jalan Pegoh, Ipoh (132).

Turut berada di skala tidak sihat adalah SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (122), Tanah Merah (112), Balok Baru Kuantan (111), Indera Mahkota (104), Jalan Tasek Ipoh (116), Kampung Air Putih Taiping (123), Samarahan (104), Sri Aman (118), Kuala Selangor (125), Pelabuhan Kelang (114), Kemaman (115), Kuala terengganu (105) dan Paka (103.

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 11:48 AM
PENANG 23 October 2015. Seorang petani memotong rumput di batas sawah padinya tanpa menghiraukan udara berjerebu yang melanda negara. Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan pada tahap tidak sihat iaitu di Seberang Jaya (167), Perai (146) dan USM (158) sejak pukul 10 pagi hari ini. STR/Amir Irsyad Omar