PASUKAN bola sepak Polis Daerah Melaka Tengah (biru) ceria sebelum perlawanan bola sepak berdepan AFM FC di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit.
PASUKAN bola sepak Polis Daerah Melaka Tengah (biru) ceria sebelum perlawanan bola sepak berdepan AFM FC di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit.
Oleh Nazri Abu Bakar


Melaka: Pasukan bola sepak Polis Daerah Melaka Tengah (PDMT) aktif mengadakan perlawanan persahabatan dalam misi mengeratkan hubungan dengan agensi swasta, awam dan penduduk setempat.

Kaptennya Muhamad Azlizam Afandi berkata, perlawanan itu juga penting dalam membentuk hubungan harmoni anggota pasukan keselamatan dengan semua lapisan masyarakat berbilang kaum yang juga aktif dalam sukan bola sepak.

“Ianya sekaligus menafikan tanggapan anggota keselamatan kurang mesra dengan masyarakat umum sebaliknya mereka jelas mementingkan semangat kekeluargaan sekaligus menyokong gaya hidup sihat dan cergas,” katanya.

Terbaru skuad berkenaan mengadakan perlawanan persahabatan dengan veteran AFM FC di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit, baru-baru ini.

Pada perlawanan itu kedua-dua pasukan terikat 3-3 walaupun PDMT mendahului 3-0 satu ketika namun lawan bangkit menyamakan kedudukan pada penghujung babak.

Beliau berkata, skuadnya juga aktif menyertai liga jemputan sekitar Melaka termasuk Kejohanan Bola sepak 9 Sebelah Melaka selain futsal.

“Beberapa pemain pasukan turut terpilih mewakili kontinjen negeri di kejohanan peringkat kebangsaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:08 AM