AZLIZAM (tiga dari kiri) dan Shukor bertukar cenderahati sebelum perlawanan bermula.
AZLIZAM (tiga dari kiri) dan Shukor bertukar cenderahati sebelum perlawanan bermula.
Oleh Nazri Abu Bakar

Jasin: Kelab Media Massa Melaka (KEMM) seri 3-3 ketika berdepan pasukan Pilihan Polis Melaka (PPM) pada perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Mini Jasin, baru-baru ini.

Perlawanan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pengamal Media dan anggota keselamatan.

Walaupun ketinggalan 1-3 pada babak pertama, skuad KEMM bangkit menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan.

Setiausaha KEMM Mohd Shukor Kasim berkata, perlawanan itu menjadi aksi pembuka tirai tahun ini dalam misi mendekatkan media kepada masyarakat umum.

“Walaupun jarang beraksi, keputusan ini amat membanggakan kerana lawan lebih berpengalaman.

“Pelbagai aktiviti sukan dirancang sepanjang tahun buat ahli KEMM termasuk pertandingan bowling media, futsal, badminton dan bola jaring,” katanya.

Sementara itu, Urusetia PPM Muhamad Azlizam Afandi berkata, program itu mewujudkan budaya sihat dan cergas dalam kalangan anggota selain mengeratkan hubungan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan.

“Sokongan KEMM amat dihargai dalam memastikan kedua-dua pihak saling mengenali satu sama lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 6:30 AM