Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) akan mengendalikan operasi bas ekspres laluan utara yang dipindahkan dari Pudu Sentral mulai 1 November  ini.  - Foto NSTP (Fail)
Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) akan mengendalikan operasi bas ekspres laluan utara yang dipindahkan dari Pudu Sentral mulai 1 November ini. - Foto NSTP (Fail)

Kuala Lumpur: Operasi bas ekspres bagi laluan utara di Pudu Sentral di sini akan berpindah ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) berkuat kuasa 1 November ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia akan membabitkan 545 bas ekspres.

"Selain bagi menawarkan keselamatan dan keselesaan yang lebih baik, perpindahan turut bertujuan bagi mengekang aktiviti ulat tiket," kata kenyataan SPAD.

Pudu Sentral akan terus digunakan sebagai terminal bas jarak dekat dan bas henti-henti termasuk perjalanan ke Tanjung Malim, KLIA 1, KLIA 2,

dan Seremban. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 4:23 PM