PENUMPANG terpaksa menunggu hampir empat jam untuk ke destinasi masing-masing.
PENUMPANG terpaksa menunggu hampir empat jam untuk ke destinasi masing-masing.
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Seramai kira-kira 300 penumpang bas ekspres terkandas di Stesen Pudu Sentral di sini, selepas menjadi mangsa ‘ulat tiket’ yang melarikan diri sejurus menyedari kehadiran penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, kebanyakan ‘ulat tiket’ itu didapati menjanjikan bas tambahan kepada penumpang selain mengenakan tambang berlebihan sempena cuti umum Hari Pekerja.

Bagaimanapun penumpang yang sudah membeli tiket terpinga-pinga apabila bas ekspres dijanjikan tidak muncul pada waktu dijanjikan.

Akibatnya kebanyakan mangsa terpaksa menunggu hampir empat jam selain gagal mendapatkan perkhidmatan bas ekspres.

Salah seorang mangsa, Suliana Ahmad, 28, berkata, dia membeli tiket bas di kaunter pada harga RM50 untuk pulang ke Butterworth, Pulau Pinang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 7:24 AM